Politik antarabangsa Zuraida Kamaruddin

Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, beliau turut sering diundang ke simposium dan himpunan ahli-ahli politik antarabangsa mewakili Malaysia. Beliau turut diberi penghormatan untuk menghadiri dan berucap di Women Political Leaders Summit (WPL) di Iceland. WPL merupakan satu pertubuhan bebas, antarabangsa dan tidak berteraskan keuntungan yang beribu pejabat di Reykjavik, Iceland. Ahli-ahlinya terdiri daripada pemimpin wanita antarabangsa seperti menteri, ahli parlimen dan pemimpin komuniti. Aktiviti organisasi ini lebih fokus kepada untuk menunjukkan impak wanita dalam kepimpinan politik secara global.

Organisasi ini bukan sahaja berifat politikal tetapi turut mensasarakan pememacuan peranan wanita dalam komunikasi, jaringan dan komuniti. Hasrat utama WPL adalah untuk mengumpulkan para pemimpin politik wanita yang berdaya tinggi dan mempunyai pengaruh untuk membawa perubahan positif dalam skala global.[7]